DS ROHANI KARIM DAN AGENSI KPWKM TURUN PADANG MEMBANTU MANGSA.


Bantuan kepada mangsa banjir  negeri-negeri di pantai timur terus mendapat pembelaan daripada pihak kerajaan pusat.

Terbaru DS Rohani Abdul Karim , Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah turun padang bersama agensi di bawah kementeriannya membantu menghulurkan bantuan di beberapa kawasan yang teruk di tenggelami musibah banjir.

Antara lokasi yang dituju adalah di Maran Pahang, Hulu Besut Trengganu dan Pasir Puteh di Kelantan.

Turut serta dalam misi bantuan skala besar-besaran ini adalah Ketua Setiausaha KPWKM Dato Sabariah hasan dan Encik Zakaria Mat Yusof Timbalan Pengarah Institut Sosial Malaysia.

Misi bantuan ini turut dibantu oleh sukarelawan ISM yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda yang ditugaskan membantu dari segi logistik pemberian bantuan malah bergotong royong menyediakan makanan kepada mangsa banjir yang terlibat.

Pihak JKM juga telah memberikan bantuan logistik dalam bentuk pembahagi boleh lipat,khemah boleh lipat dan foam mat untuk keselesaan mangsa.

Di bawah di sertakan foto DS Rohani Abdul Karim yang melawat mangsa di 3 daerah yang terlibat.

Hulu Besut Trengganu






Pasir Puteh Kelantan


Maran Pahang

0 comments: