Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO/ Barisan Nasional Malaysia telah melancarkan Misi Sayang, Sumbangan Barangan Bagi Bantuan Mangsa Banjir di Ibu Pejabat UMNO petang semalam.
Menurut Ketua Wanita UMNO, Sharizat Abdul Jalil, tujuan utama Wanita UMNO/ Barisan Nasional melancarkan Misi Sayang bertujuan mengumpulkan derma berupa wang tunai dan barangan keperluan seperti selimut, pakaian, lampin bayi dan makanan untuk di agihkan kepada mangsa banjir yang memerlukan.
Sehubungan itu, Pergerakan Wanita UMNO / Wanita Barisan Nasional merayu kepada orang ramai dan syarikat-syarikat korporat yang ingin turut serta menyumbang barangan keperluan asas, boleh menghubungi pejabat Wanita UMNO di talian 03- 4042 7730 atau boleh datang terus ke pusat pengumpulan barang-barang untuk mangsa banjir di Aras 4 Menara Dato Onn, PWTC Kuala Lumpur, pusat pengumpulan beroperasi dari jam 9.00 Pagi hingga 6.00 Petang.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari,
www.wanitaumno.my
www.wanitabn.my