SOHAIMI SHAHADAN CADANG KWSP BERI KELONGGARAN PENCARUM KELUAR AKAUN 2 BAIKPULIH RUMAH ROSAK AKIBAT BANJIR.


TEMERLOH, PAHANG, 10 Januari 2015 – Pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dato’ Sohaimi Shahadan menyarankan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk memberi pertimbangan khas kepada para pencarum bagi membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 bagi memulihkan kediaman mereka yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda Negara baru-baru ini.

Sohaimi berkata, “pertimbangan khas ini wajar diberikan kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka dalam Akaun 2 bagi meringankan beban mereka untuk memulihkan semula keadaan  rumah yang rosak teruk akibat banjir.

“KWSP harus segera memikirkan satu mekanisma khas bagi membantu para pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa karenah birokrasi kerana ini merupakan satu opsyen kepada mereka yang juga merupakan mangsa-mangsa banjir utnuk menghadapi episode pasca banjir”, tambah Sohaimi lagi.

Sohaimi menambah “bencana banjir yang melanda Negara kita khususnya di Pantai Timur Semenanjung dan beberapa negeri lain dilihat antara yang terburuk dan menyebabkan kerosakan harta benda di tahap maksimum. Justeru pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP ini merupakan satu opsyen jangka pendek yang dapat membantu mereka untuk membaik pulih kediaman mereka selain membeli peralatan asas kelengkapan rumah untuk meneruskan kehidupan. ”


 “Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas keprihatinan semua pihak yang turut serta membantu meringankan beban mereka dengan mengumpul wang sumbangan, pelbagai barangan keperluan asas, makanan selain khidmat sukarelawan dalam usaha meringankan beban mereka” tambah Sohaimi sewaktu turun padang menjadi sukarelawan dalam program Pelaburan Bersama Anda : Ops Pasca Banjir 1.0 di Kampong Teluk Sentang, Kuala Krau Temerloh. 

Pelaburan MARA Bersama Anda merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat PMB untuk mendekatkan organisasi ini kepada umum selain mengukuhkan lagi jenama PMB.  Seramai 80 orang sukarelawan telah berganding bahu menjayakan program Ops Pasca Banjir 1.0 yang mana para sukarelawan ini telah membantu membersihkan Sekolah Rendah Kebangsaan Teluk Sentang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Sentang. 

Selain itu, para sukarelawan juga turut membantu membersihkan rumah seorang penduduk berhampiran yang terjejas teruk dalam banjir baru-baru ini. PMB turut menyumbang 2 unit water jetkepada pihak sekolah dan penduduk setempat untuk membersihkan kawasan persekitaran. Turut hadir sebagai sukarelawan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, En Nazim Rahman, TKetua Pegawai Eksekutif PMB Tijari, engku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.



0 comments: