LAPORAN POLIS TERHADAP RAFIZI RAMLI


1. Gabungan Akar Umbi Umno Malaysia @ GAUM dan Pakatan Ngo PRO BN pada 29 Mac 2016 yang lepas telah tampil membuat laporan Polis bertempat di balai polis alam mesra kota kinabalu Sabah ke atas YB Rafizi Ramli Setiausaha Agung Parti Keadilan di bawah akta OSA kerana didakwa cuba campur tangan dalam siasatan 1MDB serta kelihatan cuba memutar belit fakta siasatan berkaitan 1MDB kononnya 1MDB tidak membayar wang bagi kos pembangunan penempatan semula pengkalan tentera di lima lokasi kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) anak Syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera  (LTAT)



2. Rafizi Ramli dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh blog rasmi beliau yang bertarikh 28 Mac 2016 juga turut memuat naik gambar kononnya dokumen sulit daripada yang diambil daripada Jabatan Audit Negara berhubung siasatan kepada 1MDB.

3. Seperti mana yang kita semua sedia maklum siasatan berkaitan 1MDB yang dilakukan oleh pihak Jabatan Audit Negara dan PAC telah di klasifikasikan sebagai akta rahsia rasmi sehingga ianya dibentangkan kepada Parlimen. Namun apa yang ingin dipersoalkan ialah Rafizi termasuk Tun Dr Mahathir dan barisan pemimpin pembangkang seolah olah  telah mendahului keputusan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara dan PAC berhubung 1MDB. Turut menghairankan ialah barisan pemimpin  pembangkang termasuk Tun Mahathir beriya iya menyerang 1MDB yang mana telah  diketahui umum hasil siasatan sedikit masa lagi akan dibentangkan ke Parlimen. Adakah mereka takut kebenaran akan terserlah kelak sehingga mereka jelas kelihatan telah berusaha ditahap luar biasa untuk memburuk burukkan 1MDB termasuk Dato' Seri Najib.

4. Apa yang lebih menghairankan ialah selepas kami membuat laporan polis ini blog rasmi yb rafizi ramli kini telah ditutup dan tidak boleh diakses sehingga kini. Kami turut merasakan bahawa kejantanan yb rafizi mendedahkan apa yang didakwakan kebenaran itu jelas diragui.  Kami turut sedar bahawa rafizi sebenarnya tahu bahawa rafizi sebenarnya  telah melanggar akta osa yg mana sebelum ini 1MDB telah diklasifikasikan sebagai akta rahsia rasmi sehingga ia dibentangkan di Parlimen.

Zulkarnain Mahdar
Pengerusi 
Gabungan Akar Umbi Umno Malaysia @ GAUN
Pakatan Ngo Pro BN.