KESEDIAAN JAMAL TIDAK BERTANDING MEMBUKTIKAN DIA BERJIWA BESAR


Kesediaan Dato' Jamal Ketua Umno Bahagian Sungai Besar untuk memberikan laluan kepada pucuk pimpinan memilih calon membuktikan beliau lebih mementingkan parti dari segalanya.



Semalam beliau bersama-sama dengan Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil secara terbuka memberikan kesepaduan dalam sepakat memberikan sepenuhnya kepercayaan pucuk pimpinan parti dalam memilih calon yang sesuai untuk pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar.

Dato' Jamal dikenali amat konsisten peribadinya dalam mempertahankan maruah parti dan pimpinan negara.

Antara jasa besar beliau apabila berjaya membangkitkan gerakan demontrasi 'baju merah' yang berjaya mengumpulkan hampir 200 ribu orang melayu di kota kuala lumpur.

Kesediaan dan jiwa besar Dato' Jamal wajar dipuji kerana walaupun beliau mempunyai merit untuk menjadi calon, namun keutamaan mengutamakan kehendak saf pimpinan lebih menjadi pilihan beliau.