SISTEM 'NCO' MANTAPKAN LAGI OPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


KUANTAN: Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, pada semalam menyaksikan Demonstarsi Keupayaan Network Centric Operations (NCO) dan Sistem Satelit X-Band ATM di Pergerakan Udara Pengkalan Udara Kuantan.

Semasa demonstrasi itu, Hishammuddin telah dibawa melihat secara dekat pengoperasian Sistem NCO dan Satelit X-Band ATM di Transportable Joint Force Operational Centre (TJFOC) yang menjadi Bilik Operasi Pertahanan di medan. Selain itu, Menteri Pertahanan juga melihat Ujicuba Panggilan SATCOM (Satelite Communication) X-Band ke Yemen/Lubnan di SATCOM COTP (Communication On The Pause) dan melihat pameran statik yang mempamirkan aset-aset yang terangkum di dalam sistem NCO dan X-Band ATM.

Sistem NCO adalah satu sistem terkini berasaskan kepada kawalan dan pemerintahan yang mengintegrasikan semua keupayaan aset-aset ATM dengan merangkaikan (networking) sistem Sensors, Command and Control dan shooters di peringkat pemerintahan strategik hingga taknikal. Sistem ini mengaplikasi teknologi ICT untuk memberi keupayaan tinggi kepada ATM dalam menguasai dan mengekploitasi dimensi maklumat dan ruang siber bagi pelaksanaan operasi dengan lebih berkesan.

Sistem Satelit X-Band ATM merupakan pelengkap kepada infrastruktur rangkaian komunikasi sedia ada bagi mendukung pembangunan keupayaan sistem NCO.

Sistem NCO mampu menyediakan keupayaan untuk semua peringkat pemerintahan ATM untuk perkongsian maklumat di dalam satu Common Operating Picture (COP) untuk mencapai Shared Situational Awareness supaya keputusan dan tindakan yang cepat dapat diambil oleh ATM untuk pelaksanaan sesuatu misi.

Untuk memantapkan operasi network centric, Sistem Satelit X-Band berkeupayaan memberi bantuan komunikasi video, data dan suara di mana sahaja misi ATM diaturgerakkan.

Dengan adanya sistem ini, Kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan sewaan jalur lebar (bandwidth) daripada syarikat swasta di samping dapat mengukuhkan pertahanan Negara dengan meningkatkan keupayaan dan keberkesanan misi.

Turut hadir dalam demostrasi ini ialah, Timbalan Menteri Pertahanan, Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Zulkifli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Raja Mohammed Affendi Raja Mohammed Nor, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaacob dan lain-lain pegawai Angkatan Tentera Malaysia.