PRK SUNGAI BESAR: WANITA UMNO TERIMA SIAPA SAHAJA CALON PILIHAN PRESIDEN


Sungai Besar; Pergerakan Wanita Umno melalui Ketuanya Dato' Sri Shahrizat Jalil menyatakan yang Pergerakan itu menerima siapa sahaja calon yang akan mewakili Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar yang akan diadakan nanti.

Menurut Shahrizat, sebagai satu pasukan, beliau akur dan menerima siapa sahaja calon yang menjadi pilihan Presiden Parti nanti.

Pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar bakal di adakan berikitan kematian penyandang kerusi itu Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak minggu lepas.