TUDUHAN FITNAH BERNIAT JAHAT DAKWA JAMAL



KUALA LUMPUR 12 Mei - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Jamal Md Yunos menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju yang mendakwa beliau telah mengugut untuk menembak selepas kenyataannya, bekas anggota tentera, mempertikaikan kelayakan ketua bahagian Umno itu untuk bertanding di kerusi tersebut.



Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu berkata, kenyataan Ali Tinju adalah fitnah dan berniat jahat bagi mengaibkan beliau sekeluarga.

Dato' Jamal juga telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sekinchan hari ini dan mendesak agar satu siasatan dilakukan bagi membersihkan nama beliau.

Beliau juga menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap tuduhan palsu Ali Tinju terhadapnya.

Ali Tinju telah mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial semalam seperti berikut :-

"Negara ini ada undang-undang. Tak boleh lawan sesuka hati. Saya Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) esok jam 2 petang buat repot kes Datuk Jamal Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ugut saya kasi mati, maki-maki kata kesat, tembak." kitaikini