NIZAR BIADAP POLITIKAN NAHAS HELIKOPTER - HISHAMMUDDIN


SUNGAI BESAR: Kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengatakan kejadian nahas helikopter di Sarawak disebabkan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dianggap cukup biadap dan keterlaluan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata demikian ketika program Walkabout dan Ramah Mesra di Bazar Ramadan Taman Padu Permai, petang semalam.

Menurut Hishamuddin, Nizar tidak sepautnya mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk tujuan politik, perasaan kaum keluarga mangsa perlu dihormati terutama pada bulan Ramadan.

Tindakan Nizar yang biadap dengan mengeluarkan kata-kata sebegitu menunjukan sifat keperibadian beliau dan parti yang beliau wakili.

“Saya kenal rapat dengan arwah Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, isteri dan anak. Jadi saya minta yang lain tak perlulah membuat luahan sebegitu kerana arwah ada keluarga dan untuk meluahkan kata-kata sebegitu memang saya rasa biadap,” ujar Hishamuddin.

Nizar pada Isnin lepas, sewaktu berucap pada satu ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Nizar berkata bahawa Barisan Nasional (BN) sepatutnya mengambil nahas itu sebagai pengajaran kerana merampas kerajaan Perak semasa beliau menjadi menteri besar.