PAS GESA TOLAK KEMPEN EKSTRIM DAN MELAMPAU


SUNGAI BESAR: Menurut Pengarah Pilihanraya PAS bagi PRK Sungai Besar, beliau menggesa kepada parti-parti politik yang bertanding pada PRK Sungai Besar agar berusaha mengekalkan keharmonian di kalangan penduduk tempatan. Pilihanraya akan berakhir pada 18 Jun ini dan PAS berharap selepas pilihanraya ini, hubungan akrab di kalangan anggota masyarakat akan terus kekal.

Pilihanraya tidak seharusnya mengorbankan keharmonian masyarakat. Maka di atas semangat tersebut PAS menolak sebarang budaya politik melampau atau ekstrim. PAS juga menolak politik perkauman yang sempit. Serangan berbentuk perkauman hendaklah dielakkan. Serangan peribadi juga perlu dijauhkan sama sekali.

Kempen hendaklah berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan bukan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Spekulasi berdasarkan andaian-andaian atau persepsi semata-mata adalah bukan budaya politik yang profasional. Tambahan pula kita berada pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sensitiviti agama dan kaum mesti dijaga agar tidak mencetuskan sebarang ketegangan. Selain dari itu, cara hidup dan tradisi penduduk tempatan tidak seharusnya diganggu tetapi difahami. Semoga PRK Sungai Besar ini akan menjadi PRK yang bersih dan telus sepertimana pilihanraya di negara-negara maju.