100 LELAKI GAY DITEMBAK DALAM SEBUAH KELAB GAY DI ORLANDO AMERIKA SYARIKAT


FLORIDA,AS: Lelaki kelahiran Amerika Syarikat yang pernah ditemuramah oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada tahun 2013 dan 2014 disahkan sebagai suspek utama dalam kejadian tembakan di sebuah kelab gay di Orlando pada awal pagi Ahad waktu tempatan.

Media antarabangsa melaporkan Omar Mateen menembak mati seorang polis di luar ‘Kelab Pulse’ sebelum memasuki premis itu lalu melepaskan tembakan yang membunuh 50 orang dan mencederakan 53 yang lain.

Pihak polis Orlando kemudiannya menembak mati Omar Mateen di tempat kejadian.

Kejadian ini disifatkan sebagai kejadian pembunuhan awam terbesar sepanjang sejarah Amerika Syarikat selepas kejadian 11 September 2001.

Omar Mateen dilahirkan di New York pada 1986 dan menetap di Fort Pierce, kira-kira 120 km dari Orlando.

Disebabkan kejadian ini, polis telah mengarahkan 200 penduduk dekat kediamannya mengosongkan rumah masing-masing kerana dikhuatiri akan dibom.

Ayah Omar memberitahu media bahawa kejadian ini tidak ada kaitan dengan agama dan militan Daesh.

Bagaimanapun, Omar pernah meluahkan rasa marahnya apabila melihat pasangan gay bercium ketika berada di Miami.

Media seperti NBC dan CNN telah mula mengaitkan peribadi Omar Mateen dengan kumpulan militan Daesh. Agensi