Showing posts with label Liga Malaysia. Show all posts

APAKAH SEBENARNYA YANG DIFIKIRKAN OLEH DOLLAH SALLEH? - TUNKU ISMAIL

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan pemilihan dua pemain dalam skuad Harimau Malaya bimbingan jurulatih Dollah Salleh.
Baginda, yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), mendakwa penjaga gol skuad negara, Azizon Abdul Kadir, yang kini beraksi bersama PDRM, pernah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah mengatur perlawanan.

Tunku Ismail turut mendakwa kapten pasukan PDRM, Mohd Muslim Ahmad, yang pernah beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), mempunyai kaitan dengan seorang ceti haram berdasarkan rekod panggilan yang dibuat selepas aksi Liga Super musim lepas antara JDT dan Kelantan di Kota Baharu.

"Persoalannya sekarang, apakah sebenarnya yang difikirkan oleh Dollah?. Ini adalah perkara yang cukup membimbangkan kerana secara tidak langsung ia jelas menunjukkan sistem pengurusan yang lemah.

"Kita dengan jelas memerlukan seorang jurulatih yang menilai persembahan seseorang pemain berpandukan kepada prestasi semasa dan bukan kerana pilih kasih," kata baginda seperti dipetik dalam laman web rasmi pasukan JDT www.johorsoutherntigers.com.my.

Azizon, yang pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, merupakan antara 17 pemain yang didenda selain diberi amaran keras oleh FAM selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengatur perlawanan ketika beraksi bersama skuad warga kota dalam saingan Liga Perdana pada 2012.

Enam belas pemain lain yang turut menerima hukuman sama ialah Benedict Martin, Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J. Mughilan Kartik, Muhamad Azwan Jatin, S. Sivaraj, Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor, Ahmad Dashila Tajudin, Hishamuddin Othman, Mohd Badrul Hisyam Azmi, Muhamad Ar'ra'uf Roslee, Muhammad Hanis Mohtar, Muhammad Rafef Raya, Muhammad Syafiq Johari, Mohd Munir Amran, Muhammad Taufiq Mohd Shukor, Ahmad Jihad Ismail.

Sebagai rekod pada 20 Dis tahun lepas, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan seumur hidup selain denda berjumlah RM20,000 kepada lima pemain skuad warga kota yang didapati bersalah dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan.

Mereka adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie, Jeremy Danker dan Hafizi Roslee.

Selain itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky dari Slovakia, penolong pengurus Rosli Omar dan pegawai pasukan, Saari Jani yang didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, turut menerima hukuman yang sama.

MUTU PENGADILAN LEMAH, PUNCA PENYOKONG SARAWAK MERUSUH

Foto Sumber: The Borneo Post

Kecewa dengan keputusan seri 1-1 tuan rumah Sarawak ketika berdepan Perak dan mutu pengadilan dianggap terlalu lemah, ratusan penyokong skuad negeri itu merusuh di dalam dan luar Stadium Negeri, Petra Jaya, malam tadi.

Keputusan yang mengakibatkan skuad Ngap Sayot tersingkir dalam kempen Piala Malaysia itu menyaksikan penyokong bertindak meluru masuk ke kawasan padang sebelum menendang papan iklan dan melempar papan berkenaan ke dalam padang.

Lebih memburukkan keadaan, di luar stadium, sekumpulan penyokong fanatik kemudian bertindak membaling sekurang-kurangnya empat suar ke arah deretan kenderaan polis, termasuk melempar mercun.

Selain detuman mercun, bunyi botol dipecahkan dan laungan 'merdeka' oleh penyokong fanatik terbabit turut kedengaran dengan pihak berkuasa tenang mengawal keadaan.

Difahamkan punca utama kepada tindakan tidak bermoral ini adalah disebabkan keputusan penjaga garisan yang membenarkan jaringan gol oleh pemain import Perak, Marco Tulio Lopes Silva pada minit ke-76 sekalipun didakwa pemain Sarawak - ofsaid.

Seramai 100 anggota keselamatan terdiri daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) cuba mengawal keadaan walaupun suar dibaling ke arah mereka.

Di Luar stadium, 20 anggota Pasukan keselamatan dari Unit Pencegah Rusuhan (PORU) dilihat hanya berkawal berdekatan trak polis dan tidak mendekati sekumpulan 100 penyokong bagi mengelak insiden bertambah buruk.

Kira-kira 600 penyokong Sarawak berkumpul di luar stadium namun majoritinya hanya mahu melihat situasi yang berlaku. 

Keadaan kembali tenang selepas 40 minit kejadian rusuhan berlaku tanpa ada sebarang kecederaan membabitkan penyokong Sarawak mahupun pasukan keselamatan. 

Sebelum perlawanan, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) tidak membenarkan jualan tiket buat penyokong Perak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Foto Sumber: Media Perak FA

Selangor Calar Rekod Bersih Pahang

Selangor mencalar rekod tanpa kalah Pahang di laman sendiri pada saingan Liga Super musim ini, selepas meraih kemenangan tipis 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Jaringan pemain sayap dari Indonesia, Andik Vermansah pada minit ke-64 membolehkan skuad 'Gergasi Merah' merampas kedudukan pendahulu liga daripada Pahang dengan mengumpul 31 mata selepas 15 perlawanan.

Kedudukan terkini Liga Super.

PILIH ORANG KALIBER TERAJUI FAM.

SEREMBAN – Jangan pegang jawatan hanya untuk me­nunjuk-nunjuk pangkat dan memanaskan kerusi dalam organisasi Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) kerana apa yang diinginkan orang ramai adalah perubah­an demi memastikan lonjak­an dalam arena bola sepak negara dapat dilakukan.
Perkara itu dinyatakan oleh Pre­siden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu pemilihan untuk mengisi jawatan Presiden dan Timbal­an Presiden FAM dalam kongres pada 25 Mei ini dijadikan sebagai medan untuk memilih calon berkaliber.
“Kepada semua ahli gabungan dalam FAM inilah masanya untuk memilih mereka yang kita rasakan benar-benar layak dan mampu membawa per­ubahan kepada arena bola sepak kita. Pilih orang yang berkaliber untuk memandu FAM ke tahap yang lebih tinggi.
“Apa yang saya katakan ini bukanlah untuk memilih orang baharu buang orang lama. Orang lama pun bagus tetapi dia mestilah bekerja dalam satu pasukan.
“Kalau menang tetapi tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama itu tidak bolehlah. Kita tawarkan diri jadi Presiden atau Timbalan Presiden mesti boleh bekerja dalam satu pasukan dan jangan buat hal sendiri, dan apabila digantung marah kepada FAM,” katanya.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma negeri di sini semalam.
Beliau juga memberitahu telah menolak pencalonan untuk dirinya bagi bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden (FAM) biarpun telah mendapat pencalonan daripada ahli gabung­an dalam FAM.
Ditanya sebab beliau menolak jawatan berkenaan, Mohamad berkata, beliau hanya mahu melonjakkan prestasi bola sepak di negeri ini selain me­numpukan sepenuh masa beliau untuk tugas rasmi selaku Menteri Besar.
Bagaimanapun selaku Presiden PBNS, katanya, beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang layak dan mampu untuk membantu dan me­nyumbang kepada kegemilangan bola sepak tanah air.
“Saya pun tidak suka pegang ba­nyak sangat jawatan sebab sekarang ini pun dah banyak jawatan saya pegang.
Bola sepak di negeri ini pun kadang-kadang memeningkan kepala saya,” katanya sambil berseloroh.
UTUSAN ONLINE

Popular Posts