MENJELANG PRN SARAWAK: PENDUDUK DAERAH SONG MAHU CALON WAKIL RAKYAT BAHARU


Penduduk di Daerah Song mahu wakil rakyat baharu dalam kalangan penduduk tempatan daripada komponen Barisan Nasional bagi mewakili mereka di DUN Katibas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Penduduk setempat mahukan wakil rakyat yang boleh bertindak sebagai wakil rakyat “sepenuh masa” dan seorang wakil rakyat yang benar-benar mengambil berat kebajikan serta kesejahteraan rakyat, bukannya wakil rakyat yang hanya turun padang tatkala menjelangnya pilihanraya sudah dekat.

Penduduk setempat rasa kecewa berikutan isu demi isu melibatkan kebajikan penduduk tidak pernah diambil peduli oleh individu yang telah diberikan kepercayaan bagi mewakili suara mereka. Selama ini, pelbagai masalah setempat seperti jalan rosak yang berlubang, berbatu-batu sepanjang beberapa kilometer berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya, isu kebajikan pelajar dan guru pedalaman berdepan dengan isu ketiadaan bekalan elektrik dan air hampir 2 bulan kerana generator rosak langsung tidak diambil tahu oleh sesiapa.

BAIKI SEGERA JALAN ROSAK DAN BERLUBANG DI PEKAN SONG

Tidak tahan dengan kesulitan yang mereka alami hari demi hari, dan ketiadaan suara wakil rakyat mereka telah memaksa penduduk setempat mengambil inisiatif sendiri dengan mendapatkan liputan media perdana dan media sosial dengan harapan ada pihak yang boleh tampil dan menghulurkan bantuan.

Penduduk di daerah terpencil ini tidak mengharapkan wakil rakyat boleh menyelesaikan segala isu tersebut, namun, setidak-tidaknya, wakil rakyat tersebut haruslah boleh menyuarakan masalah ini ke peringkat kerajaan dan turun ke lapangan untuk meninjau keperitan penduduk.

Penduduk sempat tidak menolak Barisan Nasional, namun mereka tidak mahukan penyandang wakil rakyat sedia ada yang dikatakan gagal membawa perubahan dan menjaga kebajikan penduduk setempat, sunggupun sudah berpenggal lamanya diberikan kepercayaan menjadi wakil rakyat.

Daniel
Pengundi, DUN Katibas 

Keadaan jalan di daerah song yang masih belum di baik pulih walau pun sudah lebih setahun penduduk mengadu kepada wakil rakyat.