KARNIVAL SKUAD SAYANG UNITED: JARINGAN PERKUKUH GERAK KERJA KEBAJIKAN WANITA


PORT DICKSON, 5 MEI 2016 :Selaku Pengerusi Karnival Skuad Sayang United merangkap Penolong Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan dan Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ingin menjemput kepada semua orang ramai untuk menyertai Karnival Skuad Sayang United yang akan diadakan pada 8hb Mei 2016, Ahad bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.

Skuad Sayang sebagai jentera kebajikan di akar umbi telah dilancarkan pada tahun 2009 dan kini telah berkhidmat di dalam pelbagai kes bencana di antaranya tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor, banjir di Pantai Timur dan kebanyakan tempat di dalam Negara serta terkini gempa bumi di Sabah.


YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Presiden UMNO Malaysia merangkap Perdana Menteri Malaysia akan hadir merasmikan Karnival yang akan dihadiri oleh ahli-ahli Skuad Sayang seluruh Negara dan rakyat tempatan dari Negeri Sembilan terutama sekitar Telok Kemang. YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Skuad Sayang Kebangsaan akan hadir di dalam carnival ini nanti.

Pelbagai aktiviti dan persembahan artis yang menarik akan dihidangkan untuk jemputan dan orang ramai yang hadir ke karnival ini nanti. Antara Hadiah Cabutan Bertuah yang boleh dimenangi ialah :
2 buah kereta Perodua Axia
2 buah motorsikal Modenas MR1 100cc
2 tiket penerbangan ke Bangkok
2 tiket penerbangan ke Jakarta
2 tiket penerbangan ke Langkawi
2 buah TV LED 40 inci
2 buah ketuhar gelombang mikro
5 buah basikal mountain bike
20 buah barangan keperluan elektrik
500 buah hamper

Rock climbing, sukan pantai dan pelbagai pameran dari agensi yang terlibat juga akan menjadi antara tarikan utama pada hari tersebut.

YB DATUK ROSNI SOHAR
PENOLONG SETIAUSAHA PERGERAKAN WANITA UMNO